GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati varian baharu COVID-19 berpunca dari United Kingdom (UK) kini dikesan dekat lebih 60 negara ketika ini.
Negara di seluruh dunia kini berusaha mencari jalan bagaimana hendak membendung penularan varian baharu COVID-19 ketika vaksin belum diperoleh secara meluas dan kematian global akibat pandemik itu melepasi angka dua juta.
Sementara itu, varian baharu COVID-19 berasal dari Afrika Selatan dan mirip virus dari UK serta dipercayai lebih mudah tersebar, kini dilaporkan dikesan di 23 negara dan wilayah.
Dalam laporan mingguannya, WHO menjelaskan jumlah kematian meningkat kepada rekod tertinggi 93,000 kes dalam tempoh seminggu dan 4.7 juta kes baharu dicatatkan dalam tempoh sama.
Varian baharu COVID-19 mula dikesan di UK pada pertengahan Disember lalu dan WHO mendapati ia 50 hingga 70 peratus lebih mudah menjangkiti berbanding virus asal.
Bagaimanapun, varian baharu itu dilaporkan tidak begitu ‘ganas’ untuk menyebabkan kematian dan Pfizer serta BioNTech mendakwa vaksin dihasilkan mereka berkesan menentang virus ditemui di British dikenali sebagai B117.
-BH