Pakej bantuan baharu diumum petang ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin akan mengumumkan pakej bantuan khas kepada rakyat petang ini.

-Advertisement-

Pakej bantuan terbaru yang akan diumumkan pada jam 4 petang ini, dijangka tertumpu kepada usaha untuk membantu meringankan beban kumpulan sasar dalam mendepani impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Tahun lalu, ketika PKP pertama kali dilaksanakan, Muhyidin mengumumkan beberapa inisiatif membantu rakyat termasuk tiga langkah iaitu moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan, penyusunan baki kad kredit serta penstrukturan semula pinjaman perniagaan.

Selain itu, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) iaitu pemberian tunai berjumlah keseluruhan lebih RM7 bilion kepada rakyat juga diagihkan membabitkan 10.6 juta penerima termasuk kumpulan B40, M40 serta individu bujang.

-Advertisement-

Program Subsidi Upah juga diperkenalkan bagi menampung syarikat yang berdepan masalah aliran tunai, selain bagi mengelak pemberhentian pekerja, disamping inisiatif Geran Khas PRIHATIN (GKP) berjumlah RM3,000 kepada setiap usahawan.

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan beberapa inisiatif bantuan kewangan tambahan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah program i-Lestari serta i-Sinar yang masih berjalan ketika ini.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427