Anak gajah mati dilanggar

Estimate Reading Time: < 1 minute

GERIK: Seekor anak gajah jantan berusia antara empat hingga lima tahun ditemukan mati di tepi Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik – Jeli berhampiran persimpangan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun dekat sini, dipercayai dilanggar kira-kira jam 5 pagi semalam.

-Advertisement-

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Yusoff Shariff, berkata anak gajah terbabit dipercayai terlanggar atau dilanggar lori atau bas, bagaimanapun setakat petang semalam tiada pihak tampil membuat laporan.

Katanya, bangkai gajah yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan itu ditanam di kawasan hutan berhampiran oleh anggota PERHILITAN Gerik tengah hari semalam.

“Kita percaya anak gajah berusia antara empat dan lima tahun itu dilanggar atau terlanggar oleh lori atau bas, bukan kereta kecil, tetapi setakat petang semalam belum ada sesiapa pun yang buat pengakuan mengenainya,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Yusoff berkata, PERHILITAN berharap pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan hutan tebal di kiri kanan jalan, terutama di JRTB Gerik – Jeli.

-Advertisement-

Katanya, kawasan hutan kiri kanan jalan raya berkenaan memang diketahui umum sebagai habitat hidupan liar, terutama gajah

PERHILITAN, katanya memasang beberapa papan tanda peringatan di sepanjang jalan raya berkenaan.

“Apa yang kita bimbangkan kawanan gajah mungkin akan menyerang sekiranya merasakan mereka terancam, apatah lagi jika terdapat anak kecil dalam kawanan itu.

“Melihat kesannya di tempat kejadian memang gajah itu dalam kumpulan yang pada anggaran kami antara 10 dan 14 ekor,” katanya.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427