PUTRAJAYA, 11 Januari 2021 (The Capital Post) – Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan yang dikuatkuasakan pada 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 di enam negeri iaitu Pulai Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor dan Sabah berikutan peningkatan mendadak kes covid secara serius.
Peringkat Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) dilaksanakan ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dan peringka Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.
Menurut Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia setelah mengambil kira pandangan dari semua pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan penularan wabak Covid dapat di kekang sepenuhnya.
“Saya menasihatkan saudara – saudari agar mematuhi arahan Kerajaan dan menjaga kebersihan sendiri dalam mengekang penularan wabak ini” tambah Tan Sri Muhiyddin Yassin sewaktu sesi pengumuman khas sebentar tadi. Berita penuh akan Menyusul – The Capital Post