PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) turut menolak pendaftaran Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), yang cuba diasaskan bekas menteri, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menurut perkongsian seorang aktivisnya dengan media.
Aktivis itu, Mutalib Uthman, berkongsi tangkap layar emel daripada “Pentadbir eROSES” dengannya, memaklumkan keputusan menolak permohonan daftar pertubuhan.
Emel itu bagaimanapun tidak memberikan sebab-sebab penolakan.
-FMT