Twitter ancam sekat ciapan Trump kerana menghasut keganasan

Estimate Reading Time: < 1 minute

SAN FRANCISCO: Twitter semalam memberi amaran akan melarang secara kekal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggunakan platform itu kerana melanggar peraturan integriti kerana dikatakan menghasut keganasan.

-Advertisement-

Platform media sosial itu turut mengarahkan Trump supaya memadam tiga ciapannya yang melanggar peraturan, berikutan rusuhan keganasan oleh penyokongnya di bangunan Capitol, semalam.

Menurut pasukan keselamatan Twitter, mereka turut mengunci ciapan Trump selama 12 jam dan berkata akaun Presiden AS itu akan tetap disekat jika ciapan yang melanggar peraturan integriti tidak padam.

-Advertisement-

“Berikutan kejadian rusuhan keganasan di Washington, kita sudah meminta tiga ciapan @realDonaldTrump yang diposkan awal hari ini dipadam kerana pelanggaran berulang dan pelanggaran berat terhadap dasar Integriti Sivik kami.

“Jika Tweet tidak dikeluarkan, akaunnya akan terus disekat,” kata Twitter dalam kenyataannya semalam.

– AFP


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427