LHDN Bangi, Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat ditutup sementara untuk sanitasi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Bangi serta Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat Percukaian yang beroperasi di Menara Hasil Bangi ditutup sementara mulai hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

-Advertisement-

LHDN dalam satu kenyataan menasihatkan pelanggan supaya melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian.

-Advertisement-

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara), Hasil Live Chat atau borang maklum balas dalam portal rasmi LHDN menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.– BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427