GST bukan pilihan pada masa ini, kata timbalan menteri kewangan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah, berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukan antara pilihan kerajaan pada masa ini.

-Advertisement-

Beliau berkata buat masa ini kerajaan sedang memberi tumpuan kepada 3 perkara iaitu menjaga kesihatan rakyat, menjaga kelangsungan ekonomi, dan memastikan ketahanan ekonomi.

-Advertisement-

“Kita akan kaji semua itu dan kita lihat dalam Belanjawan (2021), kita banyak tumpuan langkah lain bagi kurangkan ketirisan negara,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan daripada Mohamad Sabu (Amanah-Kota Raja) minta kerajaan menyatakan sama ada ketidakstabilan negara ini, kerajaan bercadang melaksanakan GST pada tahun hadapan. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427