Tune Protect sediakan insurans untuk bungkusan BOXKU

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Tune Insurance Malaysia Bhd (Tune Protect) akan menyediakan perlindungan insurans untuk bungkusan yang dikendalikan oleh BOXKU, penyedia penyelesaian bungkusan dan penghantaran berasaskan aplikasi mudah alih Malaysia bagi platform e-dagang dan peruncit China.

-Advertisement-

Dalam satu kenyataan, syarikat insurans itu berkata menerusi kerjasama itu, BOXKU menawarkan kemudahan kepada pembeli dalam talian untuk membeli insurans pengiriman bagi bungkusan mereka di aplikasi mudah alih BOXKU.

Pelan premium bermula dari RM1, bergantung kepada jumlah bungkusan yang diinsuranskan, dengan nilai perlindungan sehingga RM250,000.

-Advertisement-

“Perlindungan insurans dan premium yang dibayar berdasarkan nilai pembelian bungkusan ditambah kenaikan 10 peratus bagi kos pengangkutan dan perbelanjaan pengiriman,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect, William Foo berkata kerjasama itu seiring dengan meningkatnya membeli-belah dalam talian bagi menyediakan pelan perlindungan yang disasarkan kepada gaya hidup tertentu.

“Melihat bagaimana pengguna semakin mengamalkan membeli-belah dalam talian hari ini, kami ingin memastikan gaya hidup seharian mereka dilindungi dengan baik sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka,” katanya. — BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427