PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Kuching, Sarawak ditamatkan hari ini seperti mana dijadualkan, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan memaklumkan kes aktif di daerah itu berada dalam keadaan terkawal dan kes positif menunjukkan trend menurun. -FMT