6 lagi ditahan kes jual data peribadi, tipu melalui SMS

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Enam lagi individu ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah kakitangan syarikat telekomunikasi dan sindiket penipuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

-Advertisement-

Penahanan mereka menyusul selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu berasingan sebelum ini.

Enam individu terbaharu diperintahkan ditahan reman tiga hari sehingga 15 November oleh Majsitret Shah Wira Abdul Halim susulan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Dengan perkembangan itu, setakat ini seramai 12 individu sudah ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber memberitahu, enam individu direman hari ini berusia antara 34 hingga 49 tahun, membabitkan lima lelaki dan seorang wanita.

-Advertisement-

Mereka ditahan antara jam 4.45 petang semalam hingga 12.30 tengah malam tadi di Ibu Pejabat SPRM di sini selepas hadir memberi keterangan.

Semua individu yang juga pekerja syarikat swasta dan pegawai syarikat telekomunikasi itu dipercayai memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan pelan prabayar.

Sumber berkata, nombor telefon yang diperoleh itu kemudian digunakan oleh sindiket penipuan penyedia kandungan dengan mengenakan bayaran langganan menerusi SMS tanpa pengetahuan dan persetujuan pengguna.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427