Gangguan bekalan air di Lebuh Sungai Pinang Jumaat depan

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGE TOWN, 30 Okt — Sembilan kawasan di sekitar Lebuh Sungai Pinang dijangka mengalami gangguan bekalan air antara 6 dan 7 Nov ini apabila paip bekalan air ke kawasan berkenaan ditutup sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemindahan paip di persimpangan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sehingga ke Lebuh Sungai Pinang.

-Advertisement-

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa dalam satu kenyataan berkata kerja-kerja pemindahan paip itu akan memberi kesan kepada kira-kira 4,000 pemilik akaun bekalan air di sembilan kawasan.

Ia terdiri daripada Lebuh Sungai Pinang 1, 2, 6, 7 serta 8; Persiaran Karpal Singh 1 dan 2; Masjid Al-Bukhary; The Spring Condominium; Summer Place Condominium; Ocean View Condominium; Desa Pinang Court 1 dan 2; Maritime Plaza, serta Wesley Methodist International School Penang.

-Advertisement-

“Pengguna di kawasan berkenaan diminta menyimpan bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan dari pukul 9.00 malam pada hari Jumaat (6 Nov) sehingga 9.00 pagi Sabtu (7 Nov),” katanya.

Menurutnya kerja-kerja pemindahan paip itu perlu bagi memastikan aktiviti pembangunan di Lebuh Sungai Pinang tidak merosakkan paip bekalan air sedia ada di kawasan berkenaan. -BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427