Data, maklumat diperlukan dalam pelaksanaan pemulihan pasca COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 19 Okt — Kerajaan memerlukan data dan maklumat bagi mengenal pasti permasalahan yang wujud dalam menghadapi pelbagai isu, terutamanya dalam pelaksanaan pemulihan pasca COVID-19, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

-Advertisement-

Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, senario yang dihadapi semasa penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jelas menunjukkan, bahawa ketersediaan data/statistik negara yang kejat dan bersepadu amat kritikal dan diperlukan.

“Pelbagai keputusan dan tindakan yang berkesan dapat dibuat sekiranya terdapat maklumat yang tepat dan masa nyata” katanya, serta menambah dengan adanya statistik, ketidakseimbangan sosioekonomi dapat diperbaiki dan kompleksiti serta ketidakpastian dapat dikurangkan.

-Advertisement-

Sambutan Hari Statistik Negara dan Sedunia 2020 dengan tema ‘Connecting the World With Data We Can Trust’ akan diadakan secara maya esok ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mulai 14 Okt hingga 27 Okt depan.

-BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427