LRA Sg Semenyih beroperasi semula, Bukit Tampoi masih tercemar

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih beroperasi semula selepas ujian persampelan awal pagi ini tidak lagi mengesan pencemaran bau, kata Air Selangor hari ini.

-Advertisement-

Walau bagaimanapun, Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Elina Baseri berkata pencemaran masih dikesan di LRA Bukit Tampoi sehingga jam 6:00 pagi tadi dengan sampel air adalah 2 TON (ukuran kadar bau).

Katanya, ujian persampelan yang dijalankan di LRA Sungai Semenyih telah mencatatkan bacaan 0 TON untuk 3 kali berturut.

Usaha untuk merawat air mentah dan menstabilkan sistem LRA akan mengambil masa selama 12 jam sebelum bekalan air boleh diagihkan kepada para pengguna.

-Advertisement-

“LRA Sungai Semenyih telah mula mengoperasikan pam air mentah pada pagi ini untuk kerja-kerja pembersihan paip air mentah dan tangki-tangki rawatan air.

“Bekalan air yang diagihkan akan melalui ujian kualiti air dan pematuhan standard oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air secara berperingkat mengikut kawasan bagi kawasan yang menerima air dari LRA Sg Semenyih apabila proses menstabilkan rawatan air dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Semalam, kualiti air di kedua-dua loji terbabit semakin buruk menyebabkan lebih 300,000 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan tidak berjadual sejak 4 Oktober. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427