Pengunjung Pahang pulang dari Sabah dinasihat jalani saringan Covid-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang menasihatkan pengunjung yang balik dari Sabah menjalani ujian saringan Covid-19 selepas 3 hari pulang ke negeri itu.

-Advertisement-

Setiausaha Kerajaan Negeri, Sallehuddin Ishak dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, pengunjung terbabit perlu mengehadkan interaksi fizikal, mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan dalam tempoh 3 hari itu.

Katanya, keputusan itu susulan peningkatan jumlah pengunjung Pahang ke Sabah ketika ini.

“Pada ketika ini, penularan Covid-19 di negara ini terus meningkat, situasi yang membimbangkan dicatatkan di Sabah.

-Advertisement-

“Semua pihak berkenaan diminta memberikan kerjasama demi keselamatan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya semalam.

Semalam, Sabah mencatatkan 60 kes baru Covid-19 dengan satu kluster baru yang dikenali sebagai kluster Bangau-bangau dikesan di Semporna.

Selain Bangau-bangau, terdapat 6 kluster aktif di Sabah ketika ini, menjelang Pilihan Raya Negeri Sabtu ini, iaitu Benteng LD, Pulau, Selamat, Kuarters, Bakau dan Laut.

-FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427