Hishammuddin minta maaf kepada waris wira Lahad Datu

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Silam, Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu adalah sebagai tidak bertanggungjawab.

-Advertisement-

Sehubungan itu, Hishammuddin mewakili bekas Menteri Pelancongan Seni dan Budaya itu memohon maaf kepada waris wira yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna.

“Bagi pihak Mohamaddin Ketapi, saya ingin meminta maaf kepada keluarga dan waris wira-wira kita yang terkorban di Tanduo, Lahad Datu.

“Saya tengok kenyataan beliau tidak bertanggungjawab dan lebih baik dia tanya Presiden dia sendiri apa yang berlaku di Semporna.

-Advertisement-

“Ramai yang terkorban di sana, kalau betul ia sandiwara, biar Presiden dia yang mengesahkan sama ada iya atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika menghadiri Majlis Semarak Hari Malaysia di Dewan Taman Perindutrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini malam tadi.

-SINAR HARIAN


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427