94 PTI Indonesia diusir dari Sabah hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

TAWAU: Seramai 94 pendatang tanpa izin (PTI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui jalan laut dari Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia, hari ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata ini merupakan pengusiran siri ke-21 melalui jalan laut yang melibatkan rakyat Filipina dan Indonesia tahun ini.

“Semua yang terlibat telah menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum mereka dibenarkan meninggalkan negara ini,” katanya dalam kenyataan.

Sharifah Sitti Saleha berkata kesemua tahanan terbabit dimestikan mematuhi prosedur operasi standard kebersihan yang ketat di pusat tahanan sebelum mereka dihantar pulang.

 

-Advertisement-

Setakat hari ini, Sabah telah menghantar pulang 4,845 PTI bagi tahun ini.

Sharifah Sitti Saleha berkata usaha itu dapat dilaksanakan hasil kerjasama kerajaan Indonesia dan Filipina.

– BERNAMA

-Advertisement-


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373