KUALA LUMPUR: Enam jenis penyakit bawaan air dikesan menjangkiti mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif diseluruh negara, setakat semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata penyakit itu adalah jangkitan pernafasan akut, gastroenteritis akut, radang mata, cacar air, penyakit tangan, kaki dan mulut serta COVID-19.
Katanya, seramai 7,853 daripada 34,503 mangsa banjir yang ditempatkan di PPS disahkan menghidap penyakit berkenaan oleh pasukan kesihatan.
“Seramai 7,304 mangsa banjir disahkan menghidap jangkitan pernafasan akut, gastroenteritis akut (3170), radang mata (197), cacar air (20), penyakit tangan, kaki dan mulut (13) dan COVID-19 (dua).