KUANTAN: Enam individu cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas Rapid Kuantan dengan sebuah lori di Simpang Panching, Sungai Lembing, di sini hari ini.
Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kemalangan membabitkan dua kenderaan itu berlaku kira-kira jam 11.50 pagi.
“Ketika kejadian terdapat lima penumpang bas dengan empat penumpang, pemandu bas serta pemandu lori mengalami kecederaan.
“Mereka dihantar ke hospital dengan ambulans untuk menerima rawatan lanjut,” menurut kenyataan itu.
-BeritaHarian