56 Ahli Parlimen dari UMNO,PAS,MCA dan MIC belum isytihar harta – Speaker Dewan Rakyat

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur, 6 Dis 19 (The Capital Post) – Seramai 56 Ahli Parlimen Barisan Nasional dan PAS masih belum menyerahkan borang akuan pengiystiharan harta untuk ahli parlimen menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

-Advertisement-

Tambahan beliau, terdapat sebanyak seramai 62 Ahli Parlimen Malaysia yang masih belum mengiystiharkan harta dan baki 6 orang parlimen merupakan daripada Ahli Parlimen daripada GPS-PBB,GPS-PDP, STAR, dan Bebas.

-Advertisement-

Manakala semua Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan telah menyerahkan borang akuan perisytiharan harta.

Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof, berkata perisytiharan harta Ahli Dewan Rakyat ini selaras dengan usul Akuan Berkanun Perisytiharan Harta Ahli Dewan Rakyat dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Dewan Rakyat dalam tempoh tiga (3) bulan mulai 1 Julai 2019 dan lanjutan masa telah diberikan sehingga 5 Disember 2019. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373