KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima 4,699 permohonan untuk menurunkan kandungan berunsur penipuan dan perjudian di media sosial dalam tempoh tujuh hari bermula 1 Januari lalu.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata angka itu adalah yang terkini dicatatkan oleh MCMC setakat jam 9 pagi tadi.
Beliau berkata, daripada 4,699 permohonan itu sebanyak 72 peratus berkait isu judi dalam talian, manakala 14 peratus hantaran berunsur scam.
“Kedua-dua ini sudah 86 peratus daripada semua kandungan yang diminta diturunkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2025 (IRC 2025), di sini, hari ini.