KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,053 permohonan membabitkan perjawatan tetap sebagai pegawai perubatan, pergigian dan farmasi diluluskan hari ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, ia adalah jumlah penambahan jawatan tetap tertinggi pernah direkodkan sejak 2016.
“Kita membuat cadangan dan diterima Kabinet supaya penambahan jawatan tetap dimulakan pada tahun ini dan Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 8,672 permohonan.
“Daripada jumlah itu, seramai 8,052 calon hadir untuk temu duga. Calon yang diluluskan tetap adalah seramai 3,215 untuk pegawai perubatan, 438 bagi pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi,” katanya kepada media selepas Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022, di sini, hari ini.
-BH