KUALA LUMPUR: Unjuran setakat semalam menunjukkan kadar penularan harian berupaya susut hingga ke paras bawah 4,000 kes, menjelang penghujung bulan ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata unjuran itu mampu dicapai sekiranya masyarakat terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan kadar kebolehjangkitan atau Rt kurang dari 0.9.
“Kadar kebolehjangkitan COVID-19 pada jangkaan mengikut kes harian pada 13 Jun (semalam) untuk seluruh negara ialah 0.91,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya, @DGHisham, semalam.-BH