4 rumah, 2 kenderaan terbakar di Kepong

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Empat rumah dan dua kenderaan di Taman Desa Jaya, Kepong, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 3.42 pagi.

Susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dibantu BBP Sungai Buloh dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita dapati empat rumah terbakar. Turut musnah, dua kenderaan. Namun, kejadian tidak menyebabkan kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464