Zambry dilantik Sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA, 8 Jun 2021 (The Capital Post) –  Bekas Menteri Besar Perak Dato Sri Zambry Abd Kadir telah dilantik sebagai Setiausaha Agung baru Barisan Nasional dengan menggantikan Dato Sri Ahmad Maslan

-Advertisement-

Sebelum ini Dato Sri Ahmad Maslan yang mengambil alih daripada Tan Sri Annuar Musa yang dipecat pada bulan Januari lalu. Perlantikan ini dimaklum Pengerusi Barisan Nasional Datul Sri Zahid Hamidi melalui satu kenyataan akhar sebentar tadi.

-Advertisement-

Dalam kenyataan yang sama, Pengerusi Barisan Nasional juga mengumumkan bahawa Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man telah dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Perlis.

Datuk Seri Azlan mengambil alih jawatan Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga disingkirkan sebagai Pengerusi Umno Negeri Perlis pada 24 April. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427