21,468 kes baharu hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 kekal melebihi 21,000 dua hari berturut-turut iaitu sebanyak 21,468 kes dilaporkan hari ini.

-Advertisement-

Semalam, kes jangkitan baharu dicatatkan sebanyak 21,668 iaitu paras tertinggi baharu sejak wabak itu dikesan di negara ini Februari tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah , pertambahan kes berkenaan menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di negara ini meningkat kepada 1,363,683 kes.

-Advertisement-

Katanya, semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dengan tujuh daripadanya melaporkan kes empat angka iaitu Selangor dengan 7,449 kes, Kuala Lumpur (2,183), Kedah (1,807), Sabah (1,654), Johor (1,485), Pulau Pinang (1,316) dan Kelantan (1,088).

“Turut mencatatkan kes hari ini ialah Negeri Sembilan iaitu 974, Perak (940), Melaka (723), Sarawak (715), Pahang (572), Terengganu (440), Putrajaya (66), Perlis (50) dan Labuan (enam),” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427