18 polis dipecat di Kuala Lumpur

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seramai 18 anggota dan pegawai polis di ibu negara dibuang kerja bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu kerana pelbagai kesalahan disiplin.

-Advertisement-

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata enam lagi diturunkan pangkat.

Katanya, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kuala Lumpur membuka 157 kertas siasatan bagi tempoh yang sama.

“Jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 164 kertas siasatan melibatkan pelbagai salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai,” katanya, di sini hari ini.

-Advertisement-

Allaudeen berkata, polis mengambil tindakan tegas ke atas anggota yang melakukan kesalahan disiplin bagi memastikan standard perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Katanya, kegagalan melaksanakan penyeliaan yang berkesan antara punca berlakunya salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai polis.

“Saya menuntut kepada semua ketua jabatan polis daerah dan ketua penyelia supaya bertanggung jawab atas penyeliaan serta menjalankan pemantauan.

“Jalankan pemantauan tanpa sebaran ‘cover-up’, kronisme dan pilih kasih,” katanya.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427