12 mati akibat vape di AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

WASHINGTON: Seramai 12 orang maut di Amerika Syarikat (AS) akibat penyakit berkaitan tabiat menghisap vape manakala 805 kes kecederaan paru-paru yang dikaitkan dengan penggunaan alat itu dilaporkan setakat ini, kata pegawai perubatan.

-Advertisement-

Bagaimanapun, pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang melaporkan kematian itu belum dapat mengenalpasti bahan khusus yang menyebabkan penyakit terbabit.

Namun, kebanyakan pesakit ada melaporkan sejarah menggunakan produk vape mengandungi THC, bahan psikoaktif utama dalam kanabis.

Kenaikan mendadak kes membabitkan penyakit pulmonari berkemungkinan ada kaitan dengan katrij isian semula vape yang tercemar di pasaran gelap.

-Advertisement-

CDC berkata, 12 kematian di 10 negeri termasuk California hingga ke Florida dan 805 kes yang disahkan ada kaitan dengan kecederaan paru-paru akibat menghisap vape dilaporkan di 46 negeri dan di Kepulauan Virgin. Kematian pertama dilaporkan Ogos lalu.

Sepanjang tiga minggu lalu, India dan Massachusetts mengharamkan penjualan vape manakala dua lagi negeri, New York dan Michigan kini melarang produk vape berperisa.

Pentadbiran Presiden Donald Trump pula merancang untuk mengharamkan semua kecuali produk berperisa tembakau mulai Oktober ini.-HMetro


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427