Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbahagi kepada tiga kategori iaitu Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. PBT berkuasa dalam mengeluarkan lesen-lesen, mengenakan cukai-cukai tertentu, merancang dan menguruskan bandar, membina kemudahan-kemudahan awam, unit-unit perdagangan dan perumahan dan pelbagai lagi.
‘Majlis Bandaraya’ adalah kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri yang mempunyai penduduk melebihi 500,000 orang dan mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM 100 juta setahun.
‘Majlis Perbandaran’ pula adalah bandar utama atau pusat pentadbiran sesebuah negeri atau daerah yang mempunyai penduduk melebihi 150,000 orang dan mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM 20 juta setahun.
Jangan kita pandang remeh agenda DAP yang mahu melaksanakan pilihanraya PBT berbanding sistem sekarang iaitu jawatan Yang Dipertua (YDP) dan Datuk Bandar melalui sistem lantikan dari kalangan penjawat awam.
Jika pilihanraya PBT dilaksanakan, maka institusi PBT akan dicemari dengan campurtangan politik kepartian kerana semestinya parti-parti politik akan masuk bertanding. Akhirnya, jawatan-jawatan PBT akan menjadi seperti ADUN dan ahli parlimen yang direbut-rebut oleh politikus. Jadi, semakin menebal dan pekatlah cengkaman politik kepartian di negara kita.
Selain sistem ini merugikan kita, sebenarnya ada mudarat yang lebih besar kerana DAP punyai agenda dan misi yang sangat besar. Jangan dilupa, MCA juga menyokong cadangan ini walaupun mereka tidak berkuasa. Mengapa? Semestinya ini kerana mereka melihat ini sebagai peluang untuk menguntungkan kaum mereka. MCA dan DAP berpolitik dan berstrategi untuk kepentingan dan agenda kaum, bukannya parti semata-mata.
Sekarang ini, majoriti YDP atau Datuk Bandar PBT di seluruh Malaysia dilantik dari kalangan Muslim atau sekurang-kurangnya bukan ahli mana-mana parti, termasuklah kawasan-kawasan yang dikatakan sebagai ‘totok DAP/PH’.
Demografi penduduk adalah faktor penting bagi mencongak siapakah mampu memenangi sesebuah pilihanraya, termasuklah pilihanraya PBT. Berikut merupakan PBT-PBT yang pasti dikuasai secara langsung atau tidak langsung oleh DAP jika sistem ini berjaya dilaksanakan (menurut data bancian terkini):
1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Datuk Bandar (kini): Dato’ Norhisham Bin Ahmad Dahlan
Jumlah penduduk: 1,588,750
Peratusan penduduk bumiputera: 45.9%
2. Majlis Bandaraya Ipoh
Yang Dipertua (kini): Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim
Jumlah penduduk: 657,892
Peratusan penduduk bumiputera: 39.8%
3. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Yang Dipertua (kini): Dato’ Mohd Sayuthi Bin Bakar
Jumlah penduduk: 613,977
Peratusan penduduk bumiputera: 46.2%
4. Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Yang Dipertua (kini): Tuan Haji Salehuddin bin Haji Hassan
Jumlah penduduk: 529,074
Peratusan penduduk bumiputera: 38.8%
5. Majlis Perbandaran Kluang
Yang Dipertua (kini): Haji Mohd Rafi Bin Abdullah
Jumlah penduduk: 167,833
Peratusan penduduk bumiputera: 47.1%
6. Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Yang Dipertua (kini): Dato’ Ar. Yew Tung Seang
Jumlah penduduk: 708,127
Peratusan penduduk bumiputera: 33.7%
7. Majlis Perbandaran Teluk Intan
Yang Dipertua (kini): Azizan bin Hj. Abd Muin
Jumlah penduduk: 128,143
Peratusan penduduk bumiputera: 38.8%
8. Majlis Perbandaran Sibu
Yang Dipertua (kini): Dato’ Tiong Thai King
Jumlah penduduk: 162,676
Peratusan penduduk bumiputera: 35.7%
9. Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Yang Dipertua (kini): Dato James Chan Khay Syn
Jumlah penduduk: 159,490
Peratusan penduduk bumiputera: 36.4%
10. Majlis Perbandaran Subang Jaya
Yang Dipertua (kini): Puan Noraini Binti Roslan
Jumlah penduduk: 708,296
Peratusan penduduk bumiputera: 42.3%
(Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia)
Timbul persoalannya di sini, adakah kita redha dengan langkah halus menggantikan ketua-ketua PBT kepada ahli politik terutamanya dari DAP? Dan apakah jaminan PBT yang dikuasai oleh mereka ini tidak akan bertindak sewenang-wenangnya terutamanya dalam isu-isu maksiat dan yang menyentuh sensitiviti masyarakat? Kita semua kenal bahawa DAP memang terkenal dengan provokasi yang berkaitan dengan sensitiviti masyarakat.
Adakah kita redha jika penjawat-penjawat awam yang berkelayakan ini akhirnya digantikan dengan ahli-ahli politik yang kebanyakannya tidak ada kelayakan dari segi pendidikan dan pengalaman pun.
Melihat kepada sejarah dan rekod DAP dalam pilihan-pilihanraya yang terdahulu, DAP memang mendapat sokongan yang kuat dan telah menang selama berpenggal-penggal di hampir semua kawasan tersebut. Pastinya kerusi DUN dan Parlimen sahaja tidak cukup. Mereka rakus dan tamak, sentiasa mahukan lagi dan lagi.
Peranan dan bidang kuasa PBT juga adalah besar dan penting yang tidak ada pada wakil-wakil rakyat seperti kuasa memberikan lesen perniagaan dan sebagainya. Pastinya DAP mahukan kuasa-kuasa tersebut.
Ini belum lagi diambil kira PBT di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh parti komponen Pakatan Harapan yang lain, yang mempunyai majoriti tipis penduduk bumiputera kerana pasti ada ‘bahagian’ atau ‘habuan’ yang tertentu buat ‘abang besar’ iaitu DAP.
Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA
27 Disember 2019
The views expressed are those of the author and do not necessarily reflect those of The Capital Post.